Monday, 5 December 2011

Berblog


Padahal dah ada blog dulu,tp dah private delete sbb malas nak ungkit benda2 lama (well kenangan semua tu kan). Takpela, untuk simpanan diri sendiri sudahla...

Saturday, 3 December 2011

air kosong satu!

Diet Mengikut Sunnah Rasulullah (*amalkan)


Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air... 

dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

Thursday, 1 December 2011

Pendam



Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama

Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Bila nak saksi
Cintamu kugapai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan


Spider: Bila nak saksi (Terdengar semalam ketika memandu)