Sunday, 22 January 2012

Jodoh

Ruang tamu sambil makan maggi kari.

Kawan banyak makan: Ai dari tadi mesej. Bukan petang tadi dah jumpa ke?
Kawan dah lama bercinta: (Senyum simpul)
Kawan banyak makan: Bilalah agaknya aku dapat makan nasi minyak korang ni?
Kawan dah lama bercinta: Insyaallah, doakan la beb.
Kawan matured: Dah buat solat Istikharah?
Kawan dah lama bercinta: (Diam)
Kawan matured: Buatla. Mintak petunjuk daripada Tuhan.
Kawan dah lama bercinta: Tapi aku yakin dia jodoh aku. Lagipun bukan aku nak buat pilihan pun.
Kawan matured: Istikharah bukan buat bila ko kena memilih je. Jodoh, rezeki, ajal, maut kan di tangan Tuhan. Tak salah kalau ko mintak petunjukkan. Kalau dah jodoh tak ke mana la wei.
Kawan dah lama bercinta: Aku takutla. Kalau aku mimpi orang lain?
Kawan banyak makan: Bukan jodoh ko la tu kan…
Kawan dah lama bercinta: (Diam, masuk bilik, nangis)
Kawan banyak makan: Motip?


*Amalkan: Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

Wednesday, 18 January 2012

riak!

aku paling takut ini,
riak pada diri sendiri itu juga riak sebenarnya bagi aku....
mintak hindar

Tuesday, 10 January 2012

Ikhlas ke tak ni?

Dalam bilik sendiri tengah nonton RunningMan…

Kawan stress: Babe!
Kawan gila Korea: Awat?
Kawan stress: Stress la. (senyum kambing)
Kawan gila Korea: Stress tapi senyum. Tak paham aku.
Kawan stress: Pompuan tu (tutup pintu bilik sambil tunjuk pintu bilik belakang)
Kawan gila Korea: Hah kenapa? Dia rampas boipren ko ke?
Kawan stress: Ko tak tensen ke? Asyik naik kereta ko ngan aku je. Kereta dia? Simpan buat pameran?
Kawan gila Korea: Amboi, apa kata ko pergi tanya dia terus. Takkan aku nak jawab bagi pihak dia pulak.
Kawan stress: Takdela, aku bukan berkira. Tapi kalau dah sentiasa naik kereta kita lepas tu kereta dia tak sentuh langsung. Pecite…
Kawan gila Korea: Ai tak ikhlas ke makcik.
Kawan stress: Bukan tak ikhlas. Macam aku cakap tadi la, kalau dah banyak kali aku takut jadi tak ikhlas nanti. (Senyum kambing lagi)
Kawan gila Korea: Dia tak tau kita nak naik kereta dia kot. Kita pun bukan pernah cakap apa-apa kan. Salah kita jugak.
Kawan stress: Hekeleh, sendiri-sendiri paham la. Kita kan duduk ramai-ramai, berkongsi pulak tu. Gilir-gilir la.
Kawan gila Korea: (senyum)
Kawan stress: Apa? Ko tak kan tak rasa pape kot?
Kawan gila Korea: Rasa jugak la. Tapi aku fikir senang je wei. Mungkin dia balas apa yang kita buat tu dengan cara lain kot. Ye la, tolong signkan attendance ko ke bila ko ponteng. Haha, tapi kalau pun dia tak balas ko anggap je la apa yang ko buat tu tuk tambah pahala ko sendiri. Doa supaya jauhkan perasaan-perasaan semua ni. Tuhan tau apa yang ko buat kan. So, abaikan je la.
Kawan stress: Mmm…
Kawan gila Korea: Percayalah, ko pikr banyak-banyak pun buat sakit jiwa ko je. Dah la, join aku tengok citer ni lagi bagus.

Gelak besar malam tu tengok RunningMan.

*Amalkan: Nabi Muhammad SAW seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – Bukhari

Friday, 6 January 2012

baik tapi...

aduh, aku antaranya...
ya Allah tetapkan imanku,
bantu aku...

Sunday, 1 January 2012

Hidup perlu diteruskan..


Menginjak ke tahun baru, perubahan dan hidup harus diteruskan. Pengalaman hidup perlu dijadikan panduan untuk yang akan datang.

Jadi jangan takut untuk gagal kerana kegagalan mengajar kita merperbaiki kelemahan dan menambah baik kelebihan..