Saturday, 8 September 2012

Masih

Masih menunggu...
Masih ternantinanti...

Teruskan berdoa


Thursday, 2 August 2012

Puasa ke?

Salam,
Hari ni dah masuk hari ke-13 berpuasa,
Operasi kuihmuih pun dah bermula,
Tapi taun ni amik order kwn2 jer...



Saturday, 21 April 2012

Puan itu

Puan!
Ye Puan la,siapa lagi..
Syurga Puan di bawah telapak kaki suami kan?
Syurga suami Puan pulak?
Mmmm...di mana ye?
Owh di bawah telapak kaki ibu..
ingatkan taktau tadi

Jadi,
Apa yang anda buat ni?
Kenapa jauhkan dia dari ibunya..
Apa agaknya rasa si ibu dan si anak?

Tolonglah,
Tidakkah anda sedar anda juga bakal atau sudahpun mempunyai anak lelaki?
Apa rasanya jika ini terjadi?
Apa rasanya jika anda dijauhi?
Apa rasanya jika anda tidak dimengerti...

Monday, 2 April 2012

apa nak jadi?

musafir
"Manusia tak dinilai oleh apa yang dicapainya semasa di alam pembelajaran, tapi apa dia jadi hasil dari satu-satu kemahiran!"
Dr. HM Tuah Iskandar


*jadi kau tak payah nak hebah-hebahkan sangat apa yang kau pandaikan sangat hari ni okey!

Wednesday, 28 March 2012

Pikir-pikirkanlah...


ari ni, aku nak cakap pasal kawan!
bagi aku kawan senang je, orang pertama yang terpikir di fikiran kau bila kau susah, itulah kawan...
kalau tak terpikir di fikiran, pikir-pikirkanlah...

kawan jugak bagi aku tak selalunya memberi,
dia jugak kadang-kadang perlu menerima,
give and take la kononnya,
tapi kalau kau rasa kau tak mampu nak memberi dan kau dah penat asyik menerima,
pikir-pikirkanlah...

dan,
kawan bagi aku ialah kawan yang membawa kepada kebaikan,
kalau kau tak nak ajak aku ke arah kebaikan, jangan pengaruh aku ke arah keburukan,
kerana kawan bagi aku ialah saudaraku,
jika kau hanya pikirkan diri kau saja, pikir-pikirkanlah...

Friday, 23 March 2012

ChillLax!

"Usah terlalu takut atau terlalu meramal masa depan, kita hidup seadanya dan selamba namun taklah pula sampai mengabaikan perancangan hari muka"


tak payah over sangat, nanti kecewa,
merancang lebih-lebih nanti takut tak kesampaian pulak,
mengharap yang tak sepatutnya pun tak boleh sangat, 
jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran entah kemana pulak nanti...


*Islam kan ajar kita supaya kita sentiasa istiqamah dalam setiap apa yang dilakukan, jadi bersederhanalah...

Wednesday, 21 March 2012

totally stranger!


Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can be addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad that it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all the times you screwed me over
But had me believing it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so rough
And you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Somebody That I Used to Know

Tuesday, 20 March 2012

hati ini

Yang paling mudah pecah adalah hati, 
tapi yang paling kuat juga hati. 
Yang paling selamat berhati-hati...
-DR.HM Tuah Iskandar-

si sepet

tak tau kenapa lelaki sepet itu amat menawan hati,
jika sebut lelaki sepet, tentulah matanya yang menawan hati ini kan,
bukan lain,
tapi kenapa ya?

oh,
aku percaya,
bukan,
aku mempercayai bahawa si sepet itu lebih terkawal pandangan matanya kerana ruang pandang matanya yang sempit itu,
ok, itu lawak,
kepercayaan apa entah,
tapi begitulah,
aku yakin dia begitu.

bagi aku sepet itu seksi, menawan dan segala2...
kan..kan...

Friday, 16 March 2012

kualiti bukan kuantiti!

"Saya tahu, sekalipun jumlah lelaki dan wanita di Malaysia masih agak seimbang, tetapi realitinya lelaki berkualiti sangat sedikit".


tolonglah, saya merayu ni. tolong pilih yang terbaik.
saya tahu itu namanya jodoh, tapi...
tolonglah, buatlah apa saja!
ubah dia, beritahu dia, nasihat dia atau apa saja.
tolonglah...
sebelum terlambat

Thursday, 15 March 2012

bahagiakah?

di pangkuan, anak yang hampir tidur ditepuk dengan tangan kanannya,
di bahu kiri, si isteri pula melepas lelahnya,

bahagia sungguh!


dalam Ekspres Rakyat menuju kampung halaman

Monday, 12 March 2012

feeling-feeling jap

untuk Adam...

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.
Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon
tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?
Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.
Kerana...

... sambung baca sini Untuk Adam

Sunday, 11 March 2012

tanggungjawab...

kau sanggup lepaskan tanggungjawab kau sekarang?
kau dah ready terima tanggungjawab baru?
kalau belum sanggup, jangan bermimpi.
kalau belum ready, selesaikan apa yang perlu dulu.
nanti ralat.
nanti tak sempat.
itu sebab Tuhan tahu bila masa terbaik untuk berikan tanggungjawab yang baru.
sabarlah,
bila kau dah bersedia nanti, adalah...
bila dah tiba masanya nanti, adalah...

shweeeeetttnya...

tak tau kenapa tapi rasa lisa dan yusry sweet sangat...sangat ok!

post-wedding

honeymoon

cintan-cintun



doakan berkekalan....
sume pic cilok from bang nara....

Thursday, 8 March 2012

cinta kanak-kanak

tak sabar2 menunggu siang semata2 berharap dapat ketemu...
melihat dari jauh pun tak mengapa..
itulah cinta kanak2 bagi aku...
memandang dari jauh sudah cukup membahagiakan,
berselisih di jalanan apatah lagi,
terasa panas wajah, jantung berdegup kencang, kata2 beku di kerongkong...
.
.
.
aduh, belum masanya lagi kot dan bukan dia yang sepatutnya dipuja!

wajah refleksi hati?

wajah jika ditelusuri belum tentu sampai ke hati,
wajah jika diperhati mampu mengusik hati,
dan dari wajah , hati yang berkocak belum tentu mampu difahami...

Wednesday, 7 March 2012

persoalan

jangan dipersoal!
jangan sesekali mempersoal!
persoalan yang penuh soalan hanya membuatkan penyoal menyoal yang bukan-bukan..
dan soalan2 itu mungkin lebih baik dibiarkan oleh penyoal tanpa disoal!

today!

Tuesday, 6 March 2012

perasan atau perasaan?

perasan tak?
perasan apa?
perasan ala2 tu..
tak perasan pun...
sume pun tak perasan....
perasaan je tu!
perasaan?

Monday, 5 March 2012

pujaan



saya nak sorang yg kat belakang tu boleh?
tp yg kat depan tu pun ok!

pic from DakAmat

Saturday, 3 March 2012

Awak!

"Awak!"
"Hei, awak"
"Awak, tuan punya rusuk kiri ni"
"Kat mana ek?"
"Tak payah nak nyorok sangat ble tak..."

Tuesday, 28 February 2012

bagai puteri...

cilok from nara

Jujurkah anda?

8.40 pagi - Rumah sewa kami…
Kawan tengah tido: Apa bising2 kat luar tu?
Kawan tonton kartun: Entah, budak2 sebelah tu nak pegi keja kot…
Kawan tengah tido: Bising je la depa ni!

2.30 petang – Rumah sewa kami…
Kawan baru sudah mandi: Tu bising apa pulak?
Kawan tonton cite Indon: Budak2 sebelah…
Kawan baru sudah mandi: Dah kenapa pulak? Takkan dah balik keja kot?
Kawan tonton cite Indon: Entah, balik mengulor la tu?
Kawan baru sudah mandi: Mengulor? Mak aih, ble plak camtu…
Kawan tonton cite Indon: So, tak payah nak ushar2 sangat dorang tu. Hahahaha…
Kawan baru sudah mandi: Erk…

Friday, 24 February 2012

Berangan je la...

Kawan yang baik: Ko tengok apa tu?
Pemasang angan2: Tu! Bakal isteri aku…
Kawan yang baik: Yakin je.
Pemasang angan2: Mestilah…

Kawan yang baik: Dia cakap ko bakal isteri dia.
Yang diangan2kan: Percayalah sangat…
Kawan yang baik: Entah, itu yang dikatalah…

Yang tak lagi diangan2kan: Ingat lagi?
Kawan yang baik: Ingat!
Yang tak lagi diangan2kan: Tak jadi pun…
Kawan yang baik: Itu namanya bukan berjodoh…
Yang tak lagi diangan2kan: Cam bodoh je memasang angan2!

Wednesday, 22 February 2012

PILIHAN

mood: makan biskut sambil buat muka sedih

Kakak: Memilih sangat kot!
Adik Manis: Mana ada la....
Kakak: Habis tu?
Adik Manis: Camna nak pilih, kalau dah takda apa yang nak dipilih...
Kakak: ...

ok, baca ni skang jugak

*Amalkan: Nabi Muhammad selalu memilih yang lebih mudah. (Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih)

Wednesday, 15 February 2012

Apahal malas ni?

Ibu di kampung: Dah siap kerja?
Anak di kampus: Keja apa Bu?
Ibu di kampung: Aik bukan balik awal aritu sebab nak siapkan kerja ke?
Anak di kampus: Erk…
Ibu di kampung: Mmm apa bendanya?
Anak di kampus: Hehe tak mula pun lagi Bu?
Ibu di kampung: Hah? Bukan dah 2 minggu balik?
Anak di kampus: Hehe..
Ibu di kampung: Dahtu bila nak mula?
Anak di kampus: Yang lain pun tak mula pape lagi. Bagi semangat sikit Bu.
Ibu di kampung: Ingat Ibu ngan Ayah kat kampung ni. Mesti boleh!
Anak di kampus: OK! Doakan kakak kat sini. (Senyum manis sambil sedut vitagen. Doa cepat sikit abis belajar biar ble balik duduk bawah ketiak Ibu)

*Amalkan: Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

Belum masanya lagi

Dalam bilik tgh stalked fb kawan-kawan. Tiba-tiba masuk kawan aku yang duduk kat bilik depan nun.

Kawan bilik depan: Ko tengok tak buku kecik kat hall tu?
Kaki FB: Hah? Apa tu?
Kawan bilik depan: Ala ko ni ape la. Buku list-to-do mek tu la.Tuk majlis tunang dia nanti.
Kaki FB: So?
Kawan bilik depan: Aku jeles. Dia dah nak tunang lepas raya nanti. Kita?
Kaki FB: Relek je la. Nak buat camne, kalau dah takde calon.
Kawan bilik depan: Aku baca majalah pengantin dalam bilik dia tadi. Pasal persiapan-persiapan sebelum kahwin. Yela kan tinggal beberapa bulan lagi...
Kaki FB: Baguslah. Persiapan dua tahun sebelum kahwin ada?
Kawan bilik depan: Hah? Pe kes dua tahun sebelum pulak.
Kaki FB: Ye la. Ko bukan aim kena kahwin lagi dua tahun ke? Mesti list pertama dia tanya. Dah ada calon ke belum.
Kawan bilik depan: ???
Kaki FB: Ye la, contohnya...
  1. Adakah anda sudah mempunya calon? (Jika belum, pergi cari calon dulu sebelum teruskan dgn list-to-do ini)

Kawan bilik depan: Bengong
Kaki FB: Haha, betulla...
Kawan bilik depan: Tak membantu langsung!
Kaki FB: Dah la, jom makan pizza lepas maghrib ni.
Kawan bilik depan: OK!

Aku bukan keseorangan rupa-rupanya. Masih ada yang mengalami rasa yang sama...

Thursday, 9 February 2012

Belajar sesuatu.

Selesai menonton 'Hafalan Shalat Delisa' dan 'Alangkah Lucunya Negeri Ini'. Banyak yg dipelajari dari kisah2 yang diketengahkan. Nak banding filem Malaysia, mang tak tertandinglah...

*Pengajaran:


  1. Nak buat sesuatu kena ikhlas, jgn nak mengharapkan sesuatu je.
  2. Redha dengan dugaan Tuhan, yakin segala yg terjadi ada hikmahnya.
  3. Tuhan menguji umatnya bedasarkan kemampuan seseorang itu, jadi setiap ujianNya pun tentulah berbeza untuk setiap kita.
  4. Berusaha selagi termampu
  5. Perubahan hanya berlaku jika kamu sendiri nak berubah
  6. Belajar ada banyak caranya. Pengalaman hidup juga cara terbaik untuk belajar
  7. Berusaha bersungguh-sungguh
  8. Ulat dalam batu pun ble hidup inikan plak kita
  9. Matlamat tidak menghalalkan cara

Sunday, 22 January 2012

Jodoh

Ruang tamu sambil makan maggi kari.

Kawan banyak makan: Ai dari tadi mesej. Bukan petang tadi dah jumpa ke?
Kawan dah lama bercinta: (Senyum simpul)
Kawan banyak makan: Bilalah agaknya aku dapat makan nasi minyak korang ni?
Kawan dah lama bercinta: Insyaallah, doakan la beb.
Kawan matured: Dah buat solat Istikharah?
Kawan dah lama bercinta: (Diam)
Kawan matured: Buatla. Mintak petunjuk daripada Tuhan.
Kawan dah lama bercinta: Tapi aku yakin dia jodoh aku. Lagipun bukan aku nak buat pilihan pun.
Kawan matured: Istikharah bukan buat bila ko kena memilih je. Jodoh, rezeki, ajal, maut kan di tangan Tuhan. Tak salah kalau ko mintak petunjukkan. Kalau dah jodoh tak ke mana la wei.
Kawan dah lama bercinta: Aku takutla. Kalau aku mimpi orang lain?
Kawan banyak makan: Bukan jodoh ko la tu kan…
Kawan dah lama bercinta: (Diam, masuk bilik, nangis)
Kawan banyak makan: Motip?


*Amalkan: Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

Wednesday, 18 January 2012

riak!

aku paling takut ini,
riak pada diri sendiri itu juga riak sebenarnya bagi aku....
mintak hindar

Tuesday, 10 January 2012

Ikhlas ke tak ni?

Dalam bilik sendiri tengah nonton RunningMan…

Kawan stress: Babe!
Kawan gila Korea: Awat?
Kawan stress: Stress la. (senyum kambing)
Kawan gila Korea: Stress tapi senyum. Tak paham aku.
Kawan stress: Pompuan tu (tutup pintu bilik sambil tunjuk pintu bilik belakang)
Kawan gila Korea: Hah kenapa? Dia rampas boipren ko ke?
Kawan stress: Ko tak tensen ke? Asyik naik kereta ko ngan aku je. Kereta dia? Simpan buat pameran?
Kawan gila Korea: Amboi, apa kata ko pergi tanya dia terus. Takkan aku nak jawab bagi pihak dia pulak.
Kawan stress: Takdela, aku bukan berkira. Tapi kalau dah sentiasa naik kereta kita lepas tu kereta dia tak sentuh langsung. Pecite…
Kawan gila Korea: Ai tak ikhlas ke makcik.
Kawan stress: Bukan tak ikhlas. Macam aku cakap tadi la, kalau dah banyak kali aku takut jadi tak ikhlas nanti. (Senyum kambing lagi)
Kawan gila Korea: Dia tak tau kita nak naik kereta dia kot. Kita pun bukan pernah cakap apa-apa kan. Salah kita jugak.
Kawan stress: Hekeleh, sendiri-sendiri paham la. Kita kan duduk ramai-ramai, berkongsi pulak tu. Gilir-gilir la.
Kawan gila Korea: (senyum)
Kawan stress: Apa? Ko tak kan tak rasa pape kot?
Kawan gila Korea: Rasa jugak la. Tapi aku fikir senang je wei. Mungkin dia balas apa yang kita buat tu dengan cara lain kot. Ye la, tolong signkan attendance ko ke bila ko ponteng. Haha, tapi kalau pun dia tak balas ko anggap je la apa yang ko buat tu tuk tambah pahala ko sendiri. Doa supaya jauhkan perasaan-perasaan semua ni. Tuhan tau apa yang ko buat kan. So, abaikan je la.
Kawan stress: Mmm…
Kawan gila Korea: Percayalah, ko pikr banyak-banyak pun buat sakit jiwa ko je. Dah la, join aku tengok citer ni lagi bagus.

Gelak besar malam tu tengok RunningMan.

*Amalkan: Nabi Muhammad SAW seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – Bukhari

Friday, 6 January 2012

baik tapi...

aduh, aku antaranya...
ya Allah tetapkan imanku,
bantu aku...

Sunday, 1 January 2012

Hidup perlu diteruskan..


Menginjak ke tahun baru, perubahan dan hidup harus diteruskan. Pengalaman hidup perlu dijadikan panduan untuk yang akan datang.

Jadi jangan takut untuk gagal kerana kegagalan mengajar kita merperbaiki kelemahan dan menambah baik kelebihan..