Sunday, 22 January 2012

Jodoh

Ruang tamu sambil makan maggi kari.

Kawan banyak makan: Ai dari tadi mesej. Bukan petang tadi dah jumpa ke?
Kawan dah lama bercinta: (Senyum simpul)
Kawan banyak makan: Bilalah agaknya aku dapat makan nasi minyak korang ni?
Kawan dah lama bercinta: Insyaallah, doakan la beb.
Kawan matured: Dah buat solat Istikharah?
Kawan dah lama bercinta: (Diam)
Kawan matured: Buatla. Mintak petunjuk daripada Tuhan.
Kawan dah lama bercinta: Tapi aku yakin dia jodoh aku. Lagipun bukan aku nak buat pilihan pun.
Kawan matured: Istikharah bukan buat bila ko kena memilih je. Jodoh, rezeki, ajal, maut kan di tangan Tuhan. Tak salah kalau ko mintak petunjukkan. Kalau dah jodoh tak ke mana la wei.
Kawan dah lama bercinta: Aku takutla. Kalau aku mimpi orang lain?
Kawan banyak makan: Bukan jodoh ko la tu kan…
Kawan dah lama bercinta: (Diam, masuk bilik, nangis)
Kawan banyak makan: Motip?


*Amalkan: Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

No comments:

Post a Comment